Wednesday, December 29, 2010

~akal & hati~

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal

Artikel iluvislam.com

Friday, October 22, 2010

i'm sorry..

Pencil: I'm sorry
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)


Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.


"All my life, I've been the pencil.. And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day. For I know that one day, all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have..."

This is to all the parents out there...

Wednesday, October 20, 2010

ia datang lagi


waaaa...masa semakin hampir..
exam datang lagi...
selamat menempuhi peperiksaan
semoga semua dipermudahkan...
jangan lupa usaha dan berdoa ya...
jaga pemakanan dan tido secukupnya...

Sunday, October 10, 2010

~ aku dan kamu ~


wahai insan yang mengenali diri ini

terima kasih ku ucapkan kerana tidak membenci
kerana perasaan benci tidak perna ku simpan di hati
terima kasih kerana mengasihi diri ini
kerana hatiku penuh dengan perasaan kasih
terima kasih kerana memahami diri ini
kerana aku cuba fahami setiap hati

sesungguhnya aku percaya
"kita akan dapat apa yang kita beri"


> aku dan kamu <

Thursday, October 7, 2010

C.I.N.T.A


cinta itu terlalu banyak pengertiannya..
aku telah jatuh ke ruang itu...

selamat datang cinta ke ruang hatiku
semoga cinta ini akan kekal selamanya..insyaAllah..



L.O.V.E

Tuesday, September 7, 2010

..ia semakin mendekat...


syukur alhamdulillah
tahun ini masih diberikan kekuatan
untuk menunaikan ibadah puasa
seterusnya meraikan hari kemenangan kita...

dikesempatan ini saya seperti insan2 yang lain ingin memohon kemaafan kepada yang mengenali diri ini...
selamat hari raya aidilfitri..

istimewanya raya tahun ini ialah suasana rumah yg baru..besh terima kasih umi abah..

my lovely family..

Monday, September 6, 2010

~10 petanda dia jodaoh kita~

Firman Allah SWT, bermaksud


"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"


(Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang (insha'Allah) menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:http://www.facebook.comprofile.php?id=100000474159776






p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..





Budak sekolah elok tak yah lah bercinta dulu hingga sanggup memberi mahkota berharga.

Belum tentu si dia adalah jodohmu. Kehidupan kalian masih panjang seandainya dipanjangkan umur





Pesanan Penulis: Solat istikharah dulu sebelum membuat keputusan untuk menyatakan persetujuan menerima lamaran pasangan. Jangan terburu. Fikir dulu sebelum bertindak.

Tapi paling penting

CARILAH CINTA ALLAH terlebih dahulu

SEBELUM KALIAN MENCINTAI ORANG LAIN.

Tidaklah anda mencintai seseorang itu dan sesuatu itu melainkan hanya kerana ALLAH semata-mata. Terima pasangan anda seadanya... Jangan bandingkan dengan mereka yang lebih sempurna. Jangan harapkan kesempurnaan pada pasangan anda tapi carilah kesempurnaan yang sedia ada dan dalam diri pasangan anda serta gilaplah agar kehidupan berumahtangga aman bahagia.

dipetik dari blog kawanku...

Wednesday, September 1, 2010

~~pergi....

~jom tambahkan amalan kita di 10 malam akhir ramadhan ini~

tawau memanggil ku pulang...
ni entri last sblm raya..hehe
kita jumpa lg nnt...
selamat hari raya..
maap zahir dan batin..

Tuesday, August 31, 2010

~without words~


entri kali ini ada kaitan dengan hati kecil ku ini....
ada yang telah mencurinya...
heeee..
merepek jak kan....
sebenarnya telah dicuri oleh...................................

orang di sana hahaha....

Saturday, August 28, 2010

~kepulangan ku dinanti~

ada 4 hari lagi sebelum aku menjejakkan kaki ke bumi paling aku rindui...
kepulangan ku dinantikan oleh famly di sana..
rindu dan xsabar mo balik..
rindu dgn famly, rakan2, adik2 yg comel..
dan semua yang ada di sana..
terutamanya makanan yg sedap2..
hehehe..


~selamat hari raya semua maaf zahir dan batin~

Wednesday, August 25, 2010

~saya~


ijan yg comel..kesayangan semua

huhu..xtau mo tulis apa ni...
saja2 jak..heee
dalam 2 minggu ni byk kali jalan..
beshnye..
dan dalam 8 hari lagi saya akan berjumpa dgn insan tersayang d tawau sabah...
tu lg la xsabar...

Thursday, August 12, 2010

aku yg mencari....

hee..ni saje2 je..busan
lgpun lama xpost apa2 kat blog ni...hee

Monday, August 2, 2010

~kegembiraan di luar jangka~


punya lama sya xpost apa2..heee
jd kali ni mo show sikit kenangan terindah dgn kwn2 berjalan2 d genting highland..


bestnya tym ni sampai susah mo dgambarkan dgn kata2..hee telampau plak tu kan..
anywhere byk gambar2 cantik telah diambil..(^_^)v

geng2 persis yg cumil..hak3



mereka2 yg gembira


aku pn turut gumbira

wow...paris hee..

cantik!!

ok..cukup untuk ini..nnt sambung lg cerita pasal ~kegembiraan di luar jangka ni~..k

to be continue..

Tuesday, July 27, 2010

terima kasih..


terima kasih umi...terima kasih abah..
terima kasih untuk segalanya..
tanpa umi n abah kak ana xmungkin akan sampai ke tahap ini...
untuk umi abah..kak ana xakan sia2kan harapan umi abah..
semoga family kita kekal bahagia dunia akhirat..


kak ana sayang umi dan abah kerana Allah...







Monday, July 26, 2010

~aku dan kamu~


hmm..aku sentiasa akan setia dengan kamu..
sebab kamu yg akan menemani hidupku..
di kala suka ataupn sedih..
kamu la yg selalu dgn aku..
aku sangat perlukan mu..
aku xbole jauh dari mu..
thanks kerana selalu mendampingi aku...


~PEN DAN KERTAS~










Sunday, July 25, 2010

~satu ketika dulu~

piala pengerusi terbaik dan tempat ke2 forum remaja 2008

hmm..ni la benda paling berharga yg buatkan aku teringatkan
org2 yg pernah bantu aku ke puncak jaya...
thanks semua sya xakan lupa kan kalian...
memori paling indah yg akan kekal dalam inagtan~



Saturday, July 24, 2010




huhu~rindunya dgn budak2 comel ni..
rindu dgn semua fmly d sabah..
huhuhu...air mataku mengalir jatuh ke pipi...
i love u all so much....


arina dan ijan..huh rindunya...


ijan..comel dan kecil..muaahh!!!

~GREEN~


hmm...xtau mau post apa sebenarnya..hee
cuma mau gtau ni la hasil lestari yang kami cari..





hee..cun kan gambar ni..ala2 cover album gtu..~peace~


Monday, March 15, 2010

...cinta ku...


cinta allah yg diutamakn....
cinta rasul tidak dilupa...
cinta ibu membawa ke syurga....
cinta ibu membawa bahagia...
cinta ayah tiada gantinya....
baru lah cinta kekasih kita yg mengisi kekosongan di hati bg sempurna...

i'm new blogger....


ni buat pertama kalinya saya cipta sejarah yang paling bermakna dalam hidup...hahaha nak tau sejarah apa yg tercipta tu...ni la..1st tym bt blog..ni pun sebab adik sy paksa..btl ka..heee.apa2 pn langkah pertama ni diharap membuatkan saya terus rajin tuk tulis something yang bole di kongsi ngan semua...tq untk semua yg support saya terutamanya adik yg dicintai [ani kokok]..heeee

go..go..cayok!!! HARIANA!!!